ikut aku follow aku yok!

Friday 29 April 2011

Bila Cik Dyana Direview~


1st time direview..saya sangat seronok!tenks to Pembawa Wacana :')

Wednesday 27 April 2011

Kursus Pengurusan Stres yang Bikin Aku Stress!!

Semalam aku kene pergi kursus..Al maklumlah kene cukupkan 7 hari kursus dalam setahun.."kursus pengurusan stres" tajuknya..Tapi penceramah tu dah bikin aku stres sebab cara penyampaian yang bikin aku menguap tak henti² sampai berair² mata aku ni ha!Adess..cane la kursus nak mencapai matlamat kalau penyampaian tak berkesan ishh²!Cara penyampaian memang tak sampai la,cuma nota² dia jek yg sampai sebab boleh bace hehehehe...So jom la baca sini..aku nak kongsi ape yang ade dalam pale otak aku ni siket²..


First korang tau tak ape itu stress?Oke meh aku bagi tau ok,stress (tekanan) berasal daripada perkataan Peranchis iaitu "distresse" yang bermaksud diletakkan di bawah keadaan sempit atau tertindas..Haha,maksud macam takde kene mengena je kan..So perkataan "tekanan" pula bermaksud tekanan atau kerisauan akibat daripada ketegangan mental atau fizikal dalam keadaan sukar.Amboi ayat dia kan kan..haha..Ok,ni pulak jenis² stress..



Jenis stress pulak terbahagi kepada dua ye :

  • Eustress : Positive Stress

        Merupakan tindakbalas kepada pengalaman yang meransangkan macam kejayaan,
         kemenangan @ pencapaian etc

  • Distress : Negative Stress

         Merupakan tindakbalas kepada kegagalan,kehilangan,beban kerja, atau ketahanan diri             
         yang rendah yang boleh membahayakan


Tanda² Stress


Kalau korang terasa sakit² pale,cepat penat,lemah,letih,tak bermaya dan banyak berpeluh...korang haruslah sedar diri oke yang korang tu telah diserang stress!
Selain daripada tu ade gak tanda² lain contohnyer sakit dada,sesak nafas macam sakit jantung,cirit-birit dan kerap buang air pon tanda² gak tu..Tapi kalau korang yang minom air banyak pastu makan bukan² jgn la perasan yang korang tensen ye hehehe..


Kesan² stress



  • Emosi terganggu :selalu ni aku kene:
  • Sukar mengawal kesabaran :kadang² memang selalu hilang sabar:
  • Panas baran :yang ni aku tak kot hahahaha:
  • Menggigil :ni slalu jadi bila aku marah:
  • Sakit jatung :yang ni mintak di jauhkan la:



::ape²pon jangan la stress² sangat yer..nikmati la hidup yang indah ni.."yang penting kite enjoy!::

Monday 25 April 2011

Namanya Nasi Tumpang~

Bentuk Nasi Tumpang

Nasi Tumpang

Nampak Sedap Tak?

Korang penah tak makan makanan ni??Namanya Nasi Tumpang..Bos aku belanja pagi tadi..katanyer makanan tradisi orang Kelantan..1st time ni makan..Nasi tu lebih serupa macam nasi impit..melekat..Antara nasi² tu diletakkan serunding,ikan,udang dan atas sekali ade telur..Maybe sebab tu la nasi ni dinamakan nasi tumpang hehehe..lauk² tu menumpang dalam nasi tu!Korang dah try??kalau belum dapatkan di pasaran yer..hehehehe

Wednesday 20 April 2011

Kurus Dah~

Haha..tajuk tu wat geli² je...3 hari mengganti puase..muke berseri-seri sebab bajet dah kurus siket huhuk~balik umah jer tido sampai lebam!Pagi, bangun sahur dengan roti 2 keping dan air suam..Buka puase makan tak hengat!Harap² cepat la kurus hehe..Sape² yang tak ganti pose lagi sila ganti cepat!Pose dah nak dekat..kang tak sempat ganti pulak..Maklumlah amalan melengah-lengah (sama je ngan malas) ni standard la kan..Sume manusia ade..




Sepanjang 3 hari berpose ni banyak betol aku membazir makanan..adehh rasa berdosa sangat sebab tak mampu nak habiskan sume makanan yang dah aku beli tu.Hari 1st membazir popia..semalam membazir hotdog dan fish ball...Teruk betul napsu aku bila berpose..setan yang memang setan!Menggoda aku membeli dan membazir..oh TUHAN ampunkan aku..sempena mood puase ni aku nak kongsi 1 artikel mengenai kelebihan Ayat kursi..jom baca..




1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
::renung²kan dan selamat beramal::

Monday 18 April 2011

Semoga Dia Cepat Sembuh~

Pagi sabtu tu..lepas je selesai solat subuh,aku terus cari tilam..suhu mendingin..arghhh,giler syok!Tido²!! tu je matlamat aku..Tengah² syok tido hp menjerit² mintak diangkat..Emm,mak rupenyer..


"Ko tido lagi ke?"


"Aah la mak..sejuk ni..hujan lebat..hehe.."


"Tu je la keje ko..Ko tau Kak Ijah masuk hospital?"


"Ade..akak bagi tau semalam.."


"Pergi la melawat dia..Ko tak ingat ke dulu ko tumpang rumah dia?"


"Emm..yela..kang petang orang gi ye.."


Petang tu..aku paksakan juga diri untuk gi hospital Putrajaya melawat Kak Ijah.Sampai je di wad 3b aku mula mencari nama Kak Ijah.Hehehehe..tak jumpa pulak nama dia,yela dalam keluarga aku tau nama dia "Kak Ijah" je..Bila sms tanya no katil baru aku tau nama dia "Azizah"..ishh² teruk benor aku ni yer..


Dari pintu kaca aku nampak Kak Ijah sedang dirawat oleh 3 orang doktor pelatih.Perlahan aku tolak pintu tu,"Wad Kritikal".Masuk je aku terus salam Kak Ijah..Wajahnye pucat,nafasnyer laju turun naik..dia hanya tersenyum melihat aku.Sayu sangat aku tengok keadaan dia masa tu.Tubuhnya tersangat kurus,berbeza dengan keadaannya sebelum ni sebab orangnya besar dan tinggi.


Agak ramai saudara mara yang datang melawat.Semua terkedu bagaikan tak percaya melihat keadaan Kak Ijah..Nafas kak ijah semakin laju..darah yang sepatutnya dimasukkan kebadanya sudah berhenti,sudah tidak boleh diterima oleh tubuhnya.Lengannyer membengkak,akibat cucukkan jarum untuk mencari urat bagi memasukkan darah tersebut.


Setelah hampir 2 jam aku mengambil keputusan untuk pulang,Ku cium tangan dan kedua pipi Kak Ijah.Dia hanya tersenyum..


"Kau doakan akak cepat sembuh ye nana"


Dengan hati yang sayu..aku pulang kerumah.Semoga TUHAN memberi kekuatan kepada Kak Ijah untuk menempuhi hari² mendatang dengan cekal.Semoga dia tabah menghadapi ujian TUHAN.Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA.




::kak ijah adelah sepupu aku


::dia mengidap kanser berulang,dah kini kanser perutnya sudah di tahap 4


::marilah kita sama² berdoa agar kak ijah cepat sembuh dan kembali ceria..amin

Friday 15 April 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI

BEN ASHAARI GEGAR LAGI
~Hee..1st time ni nak join segmen Abg Ben


~Nak join juge?? klik sini ye...





Emosi dipetang hari~

Kenapa ek ,bila takde keje..sebok cari keje..Sanggup turun naik Opis gi temuduga..Sanggup gi sana sini cari keje..Tapi bila dah dapat keje, tanak pulak keje elok²..Macam ni la orang² yang tak reti bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..Jangan kufur dengan nikmat yang diberi percuma,sampai masa Allah tarik balik...masa tu menyesal tak sudah.

Macam mana nak dapat keberkatan hidup bila gaji yang kite dapat tu tak halal..Pergi keje lambat,balik keje awal,masa kerja tido,dan yang best tu masa keje pergi kelab..Kelab memancing lagi..Aku tak paham betul,mane la tanggungjawab diorang sebagai pekerja.Apa tujuan diorang keje?setakat nak dapat gaji je ke??Memang la nak cari duit,tapi pikiaq la,mu nak bagi ank bini mu makan...gaji tu memang gaji mu,tapi mu pikir dok?Halal tak gaji tu bila mu tdo masa keje,bila mu cabut gi mancing..adehh la

Arghh.pepetang ni mak tensen noks,ape mende la sesetengah member seopis mak yang keje macam haremm..keje yang dah sampai dateline pon tak siap²..bikin panas lagi bila yang suka cabut time keje..bos pulak wat tak dek je..
Tapi bila time aku yang hilang bos nampak jer...renung²kan dan selamat beramal =)




Thursday 14 April 2011

Membaham eskrem di "The Cream & Fudge Factory"

Baru bukak semalam kat Alamanda

Ade rewards card tau!

Apple Crumble

Black Forest!

Eh!ni bukan kat "The Cream & Fudge Factory" ye,
Tapi "Kenny Rogers Roaster" heee...


Hari ni segmen mari melantak ye..hee~Kedai baru yang dah aku jelajah ni yelah "The Cream & Fudge Factory" Kedai eskrem yang harganyer sungguh ewww..haha...Nak kata sedap,bagi aku sume eskrem same je kot,lebih kurang je dengan Baskin Robin..Kat sini harga 1 scoop eskrem bernilai RM12++ oke..

Setahu aku pembukaan "The Cream & Fudge Factory" kat Alamanda ni adelah yang ke-3.First kat Fahrenheit 88 and second kat Suria KLCC.Sape² nak cuba eskerm ni leh la cari kat tempat² tu ye ngee~

Emm..mengidam nak makan Hagen Dasz hee~