ikut aku follow aku yok!

Wednesday, 13 April 2011

Di Larang Masuk


Semalam aku gi tengok cite ni..emm, tak tau la nak komen macam mane, nak kata best takdela best sangat,nak kata bosan,bosan la jugak~Kalau bab seram.. seram dan suspen tu memang ade la..Tapi aku rasa macam tergantung  pon ade..macam mane diorang leh ade kat kawasan hutan tu,tak clear sangat sebab start jek cite diorag berempat dah ade kat situ...Pastu lepak kat situ punya lame tiba² lak baru pasan ade jalan ke rumah kat atas bukit tu..Tak ke macam tak logik?Dan sesetengah part tu sangat membosankan dan meleret²..Lagi satu watak Isma Daniel tu mati macam tu je..Tak tau sama ada dia hidup @ mati...Ape² pon terpulang la pada korang untuk menilai cite ni oke ke tak..Bagi aku cite ni still tak leh lawan Khurafat hee..Sebab bagi aku jalan cerita Khurafat sangat cantik..Tak tergantung,itu pendapat aku la..Masing² ade pendapat sendiri kan..so terpulang la pada u'olls oke ::peace::


::Sinopsis::
Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?


Nak gosip sket,pelakon cite ni,si Azma Aizal Yusoof tu berchenta ngan Saripah Amani ke??

2 ~budak comel conteng² dinding umah caye~:

bunga said... [Reply to comment]

ada terbaca kat blog sahabat blog semalam pasal azma tu

~dyana~ said... [Reply to comment]

Hehehe..tu la..berchenta ke idok yer..